Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kejohanan Silat Antarabangsa: Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia muncul juara keseluruhan Kejohanan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia yang...

Tahniah Tan Sri Muhyiddin...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menjunjung keputusan yang dibuat oleh Duli Yang...

Video: Game Show Jepun...

PROGRAM permainan realiti dari Jepun kadang kala memang tak masuk dek akal untuk...

4 Lelaki Larikan Diri...

Seremban : Polis memburu empat lelaki yang melarikan diri sejauh 20 kilometer (km)...

AirAsia X Tambah Kekerapan Penerbangan KL-Kathmandu

KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, ibu negeri Nepal, daripada tujuh kali kepada 10 kali seminggu mulai 26 hingga 31 Dis, 2014.

AirAsia X, sekutu syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh Kumpulan AirAsia, dalam kenyataan hari ini berkata penambahan itu bertujuan memenuhi permintaan kukuh perjalanan semasa tempoh musim percutian puncak.

Pengarah Komersilnya Datuk Bernard Francis berkata penambahan kekerapan  itu menyediakan pengguna masa dan tarikh perjalanan pilihan untuk memudahkan perjalanan mereka.

“Kami menjangkakan permintaan kukuh untuk laluan itu sepanjang tempoh perjalanan memandangkan cuaca terang dengan panorama gunung-ganang yang mengagumkan,” katanya.


Sempena penambahan kekerapan itu, AirAsia X kini menawarkan tambang rendah ke Kathmandu daripada RM274 sehala dari Kuala Lumpur.

Tambang termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api, tertakluk kepada terma dan syarat.

Orang ramai boleh menempah tambang promosi khas ini di airasia.com mulai sekarang hingga 26 Okt bagi perjalanan dari 26 Okt hingga 31 Dis, 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori