Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditahan Belasah Suami...

SEORANG wanita di SW Sadwick Ave, Port St.Lucie, Florida, Amerika Syarikat ditahan pihak...

‘Saya Hanya Rujuk Buku,...

PUTRAJAYA : Penggunaan frasa "Keling" pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti...

Kekalahan JDT Tidak Lunturkan...

JOHOR BAHRU: Kekalahan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir...

Video: Bapa ‘Belasah’ Pembunuh...

GAGAL mengawal kemarahan, seorang bapa bertindak di luar batasan dengan menumbuk lelaki yang...

Akhirnya Dalang Gambar Anjing Hina Islam Dikenal Pasti!

Dalam kehangatan isu umat Islam sentuh anjing diperkatakan di Malaysia, tup-tup tersebar satu gambar yang memanaskan lagi keadaan.

Gambar anjing dipakaikan jubah dan serban yang disebarkan menerusi laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp membuatkan ramai panas punggung kerana ia terang-terangan menghina Islam.

Hinggakan, Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid turut mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan ini menghina para ulama dalam keadaan sekarang, di mana majoriti golongan pandai agama ini telah sepakat bahawa hukum memegang anjing tanpa sebab kukuh adalah dilarang mengikut mazhab Shafie.

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing Dipakai Serban Dan Jubah, Perbuatan Hina Ulama Islam

Bagaimana pun, pemeriksaan akhirnya mendapati gambar anjing ini bukanlah kerja rakyat Malaysia tetapi pihak luar.

Cuma mungkin, gambar ini telah dikitar semula oleh individu tertentu yang melakukannya untuk mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang untuk menimbulkan keadaan kurang harmoni.

Faktanya, gambar anjing berjubah dan berserban ini sebenarnya kerja pemimpin pembangkang mewakili etnik Ijaw di Niger Delta, Nigeria iaitu Mujahid Asari-Dakubo atau lebih dikenali sebagai Asari.


Asari-Dokubo-Mocked-And-Called-Emir-of-Kano-Sanusi-Lamido-Sanusi-A-Dog (1)

Dikenali sebagai seorang yang vokal, gambar anjing ini dibuat Asari khas untuk mengejek pemerintah baru Kano yang tak sebulu dengannya, Sanusi Lamido.

Ia dimuat naik di laman Facebook Asari empat bulan lalu dan tinjauan kami mendapati, ramai rakyat Nigeria yang beragama Islam turut tidak setuju dengan perbuatannya.

anjing berserban1

Diharapkan dengan penjelasan ini, tidak ada lagi kekeruhan suasana melibatkan gambar anjing berjubah dan berserban di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. – mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori