Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengantin Rela Diraba Demi...

JELIK dan memalukan. Seorang pengantin perempuan sanggup membenarkan tetamunya meraba payu daranya pada...

Sidang Parlimen Perlu Diadakan...

KUALA LUMPUR - Pakar perundangan sependapat pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja...

VIDEO: Lelaki Dibelasah ‘Skodeng’...

GARA-GARA didakwa 'kantoi skodeng' dalam tandas wanita, seorang lelaki dibelasah selepas disoal siasat...

Militan Daesh Ancam Lebih...

KUMPULAN militan Daesh menggesa lebih banyak serangan pengganas berlaku pada bulan bulan Ramadan...

Rumah Diserang Kulat, Shah Iskandar Dikutuk Peminat

Alahai, kesian pula kami lihat nasib yang menimpa Shah Iskandar.

Jika anda pengikut Instagram pelakon kacak ini, pasti perasan baru-baru ini Shah ada memuat naik gambar sofanya dipenuhi kulat. Teruk juga keadaan sofa tersebut hingga timbul rasa jijik dan geli.

Pasti timbul perasaan bengang dan marah jika kejadian begini menimpa sesiapa sahaja, lagi-lagi ia berpunca daripada orang lain.

Merujuk kejadian ini, Shah menjelaskan menerusi kapsyen gambar bahawa dia baharu meninggalkan rumah selama dua hari dan amat terkejut bila melihat kejadian ini selepas pulang.

Screen-Shot-2014-10-31-at-10.27.45-AM

Menerusi Berita Harian, Shah berkata:

“Saya sendiri jadi geli tengok baju, sofa, kasut dan beg tumbuh kulat. Selalunya saya ingat paip di sinki bocor yang menyebabkan berlakunya lantai basah. Ini kebocoran berlaku dari atas siling. Peliknya hanya saya yang mengalaminya.”

Menurutnya dia sudah bertemu pihak pengurusan kondominium untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.


Namun, ada pula cerita kurang enak apabila ramai memberi komen-komen negatif pada Shah berkaitan insiden ini.

Antara komen berkenaan ada yang boleh dikatakan terlalu kasar dan sebagai mana dipetik oleh Syah:

“Kenyataan minggu ini ‘sesuaila kulat tu dengan muka dia’….kuangjaaaaq.”

 

Untitled

Kot iye pun nak komen, kome berilah kata-kata yang lebih berhemah sikit.. sabarlah Shah yer! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

  • Lagi berita berkaitan:
  • kulat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori