Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Selongkar Tong...

KASIHAN melihat pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian, seorang warga emas di China...

Firma Luar Dilantik Laksana...

KUALA LUMPUR – Sebuah firma audit luar telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri...

Emma Maembong Bakal Nikah...

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai...

Andai Bukan Serpihan MH370,...

Ketika ini dunia bertumpu kepada sebuah pulau kecik di Lautan Hindi yakni la...

Ali Hamsa Dipilih Presiden Baharu CAPAM

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini dipilih sebagai presiden baharu Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) untuk penggal 2014 hingga 2016.

Menurut kenyataan pejabat Ketua Setiausaha Negara, pemilihan Ali dibuat sebulat suara oleh anggota-anggota CAPAM pada mesyuarat agung pertubuhan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Mesyuarat agung itu juga memilih pucuk pimpinan dan anggota lembaga baharu CAPAM.

Pemilihan itu merupakan satu penghormatan dan manifestasi keyakinan negara-negara Komanwel dan CAPAM terhadap kepimpinan Ali, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden CAPAM.

Ia selaras dengan usaha membawa CAPAM ke tahap lebih penting di arena antarabangsa khususnya dari segi amalan tadbir urus baik dalam kalangan negara-negara anggota Komanwel.

Kejayaan itu juga pengiktirafan negara-negara Komanwel dan CAPAM terhadap Agenda Transformasi Negara dan hasil kejayaan Program Transformasi Kerajaan serta Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang diterjemahkan menerusi sektor perkhidmatan awam Malaysia yang cekap dan dinamik.

Menurut kenyataan itu, kejayaan menerajui CAPAM adalah hasil usaha dan peranan Malaysia selaku perintis kepada penubuhan pertubuhan itu pada 1994.

Sejak penubuhan CAPAM, Malaysia memainkan peranan penting dan banyak menyumbang kepada aktiviti dan pembangunan pertubuhan itu terutamanya dalam pentadbiran dan pengurusan.

Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pernah menyandang jawatan Presiden CAPAM dari 1996 hingga 1998.


Persidangan dwitahunan CAPAM, yang bermula esok hingga 21 Okt di PICC, bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu”.

Kira-kira 1,000 peserta dari 53 negara anggota Komanwel dan badan-badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) menyertai persidangan itu.

Selaku presiden baharu, Ali akan mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah CAPAM pada Isnin ini di PICC.

Ali, 59, yang dilantik seabgai Ketua Setiausaha Negara pada Jun 2012, menyertai perkhidmatan awam pada 1981 dan menyandang beberapa jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri pada April 2009.

Beliau juga merupakan pengerusi Institut Integriti Malaysia, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Johor.

Ali turut menerajui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan selain kerjasama pelbagai kementerian dan agensi yang selaras dengan agenda transformasi negara.

Ali, yang dilahirkan di Kluang, Johor, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Ekonomi di Oklahoma State University, Amerika Syarikat pada 1986 dan ijazah Doktor Falsafah dalam Sains dan Ekonomi Alam Sekitar pada 1997. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori