Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarimah Ibrahim Lega Penceraian...

PENYANYI dan bekas penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim melahirkan perasaan bersyukur dan...

PM Yakin DFTZ Bakal...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Zon Perdagangan Bebas Digital...

Kecoh GST Bagai Nak...

KUALA LUMPUR - Agak mengejutkan... Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan...

Generasi Pasca Merdeka Mantap...

KOTA KINABALU - Generasi pasca Merdeka perlu memantapkan diri dengan ilmu dalam semua...

Aliran Trafik Lancar Di Seluruh Negara Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan bergerak lancar setakat jam 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan.

“Trafik lancar dan terkawal di sepanjang lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik keseluruhannya masih lancar dan terkawal di Lebuhraya bertol sekitar Lembah Klang, KL-Karak, Lebuhraya Pantai-Timur (LPT) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP) di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori