Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Projek Terusan KRA Tak...

ISKANDAR PUTERI - Projek Terusan Kra di Thailand, jika menjadi kenyataan, tidak akan...

Najib Sifatkan Tunku Abdul...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Almarhum Tunku...

Korea Utara Didakwa Lancar...

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal...

KPDNHEP Jamin Minyak Masak...

ALOR SETAR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi...

Almy Nadia Terkejut Dituduh Sombong Di Kedai Makan

SIAPA yang tak marah apabila tanpa usul periksa secara tiba-tiba dituduh sombong oleh orang awam di luar sana.

Itu jugalah yang terjadi kepada pelakon Almy Nadia yang dikatakan sombong oleh peminatnya ketika sedang menjamu selera dengan suaminya, Fizz Fairuz di sebuah restoran, baru-baru ini.

Almy dituduh sombong oleh seorang peminatnya yang kemudian memuat naik gambar Almy dan Fizz di tempat kejadian secara curi-curi.

Berang dengan dakwaan peminat itu, Almy kemudian memuat naik laman sosial peminat yang dikenali sebagai Faten itu berserta keterangan daripada Almy berhubung insiden tersebut.

almy

Hai, susah jadi artis ni, takkanlah dorang nak senyum je 24 jam dan menegur orang awam secara tiba-tiba, kang tak pasal-pasal orang anggap mereka ni gila pula.


“Terkejut dibuatnya apabila individu berkenaan mengambil gambar kami di kedai makan itu, kemudian memuat naik di Instagram dan menuduh kami sombong.

“Bila masa pula saya berlagak? Takkan saya sesuka hati nak menegur orang yang tidak dikenali di situ,” katanya memetik mStar.

Dah lah Almy tengah mengandung, jiwa orang mengandung ni memang sensitif tau, kesian Almy, sabar je la. – MYNEWSHUB

Oleh: AUDREY LEE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori