Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wan Ahmad Gesa Pengerusi,...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun serta...

Najib Mahu Siasatan Terperinci...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan terperinci dilakukan bagi...

“Nak Pecat, Saya Tunggu...

"SAYA sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat."Itu...

Lelaki Didakwa Sembelih Lembu...

NEW DELHI - Seorang lelaki Muslim tempatan yang didakwa menyembelih seekor lembu, dibelasah...

Dipeluk Jasad Ayah, 2 Beranak Maut Dirempuh Kenderaan

TRAGIS apabila seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya yang turut cedera parah akibat dirempuh kenderaan ketika melintas di kilometer 7 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, kira-kira 5 pagi tadi.

Lebih menyayat hati, turut sama di tempat kejadian isteri yang juga ibu mangsa menoleh ke belakang sebaik sampai ke seberang jalan mendapati kedua-dua mangsa terbujur di atas jalan raya.

Pemandu kenderaan disyaki mabuk tidak berhati perut pula laju memecut meninggalkan tiga beranak terbabit di tempat kejadian. Kanak-kanak berkenaan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, Ellyas Salleh, 33, sedang mendukung anak tirinya Julia Alfiana Nasyirah Agi Kasumi, 4 tahun. Kedua-dua mangsa berada di belakang isterinya Wati Damam, 29, yang sudah melintas jalan.

Belum sempat Ellyas dan Julia melintas ke tempat Wati, mereka dirempuh sebuah kenderaan yang dikatakan dipandu laju dan berlalu tanpa menghiraukan dua beranak yang terbaring berpelukan itu.

Ibu Ellyas, Zuraina Hashim, 50, berkata, Wati menelefonnya memberitahu mengenai kemalangan yang menimpa suami dan anaknya, kira-kira jam 5.10 pagi.


“Wati menelefon saya memaklumkan kejadian pagi tadi. Dia kata Ellyas meninggal dunia dan Julia kritikal dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 12 tengah hari).

“Cerita Wati, dia sudah melintas dahulu namun sebaik menoleh ke belakang dia mendapati suami dan anak yang didukungnya sudah tidak sedar dengan Ellyas masih erat memeluk Julia yang masih nyawa-nyawa ikan,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad kemalangan dan kecemasan Klinik Waqaf An Nur Pasir Gudang di sini, hari ini.

Pasangan itu yang bekerja sebagai pembantu kantin dikatakan melintas jalan untuk menahan teksi bagi ke tempat kerja di Sekolah Agama Taman Cendana Pasir Gudang. :-MYNEWHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori