DI Hollywood, anak Tom Cruise dan bekas isterinya, Katie Holmes, Suri Cruise sering kali mendapat perhatian lensa paparazi disebabkan kecomelan dan ‘fashion sense’nya biarpun baharu sahaja berusia lapan tahun.
Suri dilihat gemar bergaya persis wanita dewasa apabila sering mengenakan gaun dan kasut tumit tinggi.
Jangan tak tahu, di negara ini kita ada Suri Cruise Malaysia tau, siapa lagi kalau bukan anak Erra Fazira iaitu Engku Aleesya yang kini sudah menginjak usia lima tahun.
Kecomelan dan keletah anak Erra ini saling tak tumpah macam Suri Cruise, malah Erra sendiri mengakui Aleesya suka bergaya malah mengalahkan ibunya sendiri.
Kecil-kecil dah nampak kecantikan Aleesya ni, mungkinkah dia bakal mengikut jejak langkah ibunya dalam bidang modeling dan seni kelak?
Tengok gaya macam memang dah ke arah situ.. – MYNEWSHUB.CC