Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Rundingan PAS, PPBM Gagal...

KUALA LUMPUR - PAS menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana...

RM15 Juta Bukan Dana...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan...

Addy Kana, 2 Polis...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih...

Ahli PAS Bantu Kempen...

KOTA BHARU : PAS mengingatkan mana-mana ahli parti itu yang membantu kempen parti...

Ibu Mahu Ganti Tempat Anak Yang Dipenjara Kerana Hina Jokowi

Kerana kasihkan anak, seorang ibu sanggup sukarela menggantikan anaknya yang sedang dipenjara kerana menghina Presiden Indonesia yang baharu Joko Widodo.

Jika dibenarkan pihak berkuasa, wanita itu Mursidah, 49, mahu menggantikan anaknya Muhamad Arsyad, 23, kerana anaknya itu merupakan tulang belakang kepada keluarga mereka.

“Bapak presiden, saya mohon maaf atas tindakan anak saya. Tolonglah bebaskan dia. Jika perlu, tukar saja saya dengan dia,” katanya.

Dia turut menunjukkan kad pengenalan diri anaknya, Muhamad Arsyad.

Anaknya itu ditahan polis Indonesia sejak 23 Oktober lalu kerana status yang dimuatnaik di laman Facebook didapati menghina Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Antara lain, dia memuat naik gambar lucah dan mengaitkannya dengan presiden ketujuh Indonesia itu.


Menurut peguam anaknya, Muhamad yang hanya bekerja sebagai tukang cucuk sate mungkin terikut-ikut dengan kehangatan pilihan raya presiden ketika itu.

Wanita itu berkata, sejak anaknya ditahan, tiada lagi sesiapa dalam keluarga bekerja sebagai pencari nafkah tambahan pula dua adik Muhamad masih bersekolah iaitu Riskiyah, 13 dan Apriana, 10.

“Mereka kini makan nasi cuma berlauk kicap,” katanya.

Mursidah cuma bekerja sebagai pengupas bawang di Pasar Kramat Jati, manakala suaminya, Saprudin, 50, adalah buruh binaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori