Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

China Tamatkan Dasar Satu...

BEIJING - China akan menamatkan dasar seorang anak yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.Malah...

Penghantar Surat Ditahan Miliki...

KUALA LUMPUR - Baru setahun lebih dibebaskan dari penjara kerana kesalahan mengedar dadah,...

PAN Tuduh Mastura Tidak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) bersikap kurang ajar kerana menuduh calon...

MobilePreneur@KKLW Bukti Kerajaan Peduli...

JITRA - Program Usahawan Bergerak atau MobilePreneur@KKLW merupakan antara inisiatif Kementerian Kemajuan Luar...

Anggota PAS Dinasihati Patuh Tidak Sertai Pasma

KOTA BAHARU – Majlis Syura Ulama PAS sekali lagi menegaskan agar semua anggota parti itu mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Pemangku Ketua Datuk Ahmad Yakob berkata sebagai anggota parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan.

“Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura).

“Apa-apa arahan dengan keputusan parti mana sekali pun kita kena patuh dan ikut,” katanya kepada pemberita sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Pada 13 Okt lalu majlis berkenaan telah mengeluarkan arahan agar anggota PAS tidak menyertai Pasma.


Bagaimanapun Presiden Pasma Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi semalam dilaporkan tetap berkeras untuk tidak membubarkan persatuan itu kerana penubuhannya tiada kaitan dengan PAS atau parti lain.

Mengulas perkara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat berhubung perkara itu sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada anggotanya yang menyertai Pasma.

“Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai Pasma ini,” katanya.

Ketika ditanya adakah perlu Pasma dibubarkan, Ahmad berkata ia merupakan masalah lain tetapi yang penting anggota PAS perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori