Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Christiano Ronaldo Puji Usaha...

BINTANG bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo puji usaha seorang budak Jepun yang cuba...

RM14.22 Juta Kos Penyelenggaraan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan kira-kira RM14.22 juta kos penyelenggaraan kapal Equanimity sejak...

Penerangan Isu 1MDB: UMNO...

KOTA BHARU - UMNO Kelantan menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Nenek, Lima Cucu Terselamat...

CAMERON HIGHLANDS - Seorang nenek berusia 70 tahun bersama lima cucunya berumur antara...

Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah Berjumlah RM700

Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan nilai suapan berjumlah RM700, tahun lepas.

Tertuduh, Lans Koperal Syed Mohd Fitri Syed Mohammad, 27, yang berasa dari Pantai Remis, Lumut, Perak tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah, memetik laporan Mstar Online.

Syed Mohd Fitri yang bertugas di Balai Polis Pantai Remis didakwa meminta wang rasuah sebanyak RM200 daripada Zaw Naing Phyo, sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap warganegara Myanmar itu yang kononnya melakukan kesalahan.

Dia dituduh melakukan jenayah itu di 127, Kampung Cina Pantai Remis, Pantai Remis pada pukul 4 petang, 29 November 2013.

Dalam pertuduhan kedua, Syed Mohd Fitri didakwa bersetuju menerima wang tunai RM5000 daripada lelaki Myanmar sama melalui perbualan telefon juga dorongan untuk tujuan sama.


Kesalahan kedua didakwa dilakukan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Plot 7, Persiaran Metu Utama, Bandar Meru Raya, Perak pada pukul 12.07 tengahari, 9 Disember tahun yang sama.

Dua pertuduhan itu masing-masing di bawah Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika berjaya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksium 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Syed Mohd Fitri dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Mukhriz Mat Rus.

Hakim menetapkan kes itu akan disebut semula pada 7 November depan. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori