Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Peneroka Kaum India Di...

ROMPIN - Peneroka kaum India di beberapa Felda di Rompin tidak rasa tersisih,...

Pembantu Rumah Bot Kelar...

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu rumah bot bertindak mengelar tangannya sebelum melarikan diri...

Pelukis Malaysia Hasil Karya...

PUTRAJAYA - Kita sering kali melihat para pelukis berbakat menggunakan pelbagai teknik bagi...

KPDNKK Tingkat Pemantauan Harga...

PEKAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang akan meningkatkan pemantauan...

Anggota Polis Trafik Didakwa Terima Suapan RM1,500

KUCHING – Seorang anggota polis trafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,500 pada 2013.

Tertuduh, Sarjan Zainudin Samad, 52, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, berdepan tuduhan menerima rasuah daripada Rano Paimin, 35, di sebuah kedai makan, di Kota Samarahan, pada 8 Julai, tahun lalu.

Zainudin dituduh menerima suapan sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes kemalangan membabitkan Rano yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak lebih daripada lima kali ganda nilai suapan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 17, 20, dan 21 November depan untuk kes dibicarakan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori