Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Jeanne Beri Sokongan Moral...

KUALA LUMPUR - Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Tun Jeanne Abdullah tiba di...

Hijrah Bermaksud Umat Islam...

KUALA LUMPUR - "Pada hari ini umat Islam seluruh dunia diuji hebat dengan...

Stesen TV Suruh Buka...

JIKA dilihat secara kasar, bilangan selebriti wanita berniqab tidaklah ramai sehingga menyebabkan sebuah...

Menteri Kesihatan Thailand Nafi...

BANGKOK - Menteri Kesihatan Thailand menafikan dakwaan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mungkin dijangkiti...

Anwar – ‘Cukai CGT Hanya Untuk Golongan Mahakaya’

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan idea Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dimasukkan dalam belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR), minggu lalu.

Memetik sumber dari Sinar Harian, Datuk Seri Anwar menerusi laman Twitter peribadinya, menjawab soalan yang diusulkan oleh salah seorang pengikut tentang kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Soalan tersebut, ‘Anwar Cedok CGT dari barat, Annuar Musa. GST dari syurga ke?’, diutarakan oleh pemilik akaun @bensofian, kemudian mendapat respon Anwar dengan membalas, ‘Saya cadang CGT atas golongan mahakaya. GST untuk rakyat!’.

Untitled

Dalam sidang Dewan Rakyat bagi membahaskan Bajet 2015 semalam, Tan Sri Annuar berkata, hasrat PR untuk menggantikan GST dengan CGT mempamerkan sikap tidak konsisten bekas Menteri Kewangan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, pada tahun 1993, Anwar pernah berkata bahawa beliau menolak Cukai Nilai Tambah (VAT), satu sistem yang digunakan di negara-negara barat.


Namun, situasi berubah 360 darjah kini apabila figura tersebut mencadangkan dalam belanjawan alternatif PR tentang perlaksanaan CGT mengikut model yang digunapakai di United Kingdom (UK).

Kata beliau lagi, ketidakupayaan Datuk Seri Anwar dalam memahami tadbir urus ekonomi negara menyebabkan terdapat banyak situasi percanggahan.

Tambah Tan Sri Annuar Musa, “Beliau juga mempunyai rekod buruk dalam tadbir urus ekonomi negara dan cuba menggunakan teori-teori Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi.”  – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori