Alahai, kasihannya dengan Hanez Suraya. Sudahlah sebelum ini dia dicaci masyarakat kerana isu merampas suami orang, kini periuk nasinya pula terjejas gara-gara kurang tawaran berlakon.
ARTIKEL BERKAITAN:ĆāĆĀ Hanez Suraya Rayu Stesen TV Beri Dirinya Peluang Kedua
Baru-baru ini, Hanez pernah membuat kenyataan tentang perkara tersebut kepada media dengan harapan terdapat produser dan konglomerat media yang mendengar keluh-kesahnya dan kembali menawarkannya peluang berlakon.
Namun, menurut laporan dari blog beautifulnara, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar memutuskan untuk tidak menawarkan peluang lakonan kepada selebriti bermasalah atas sebab yang konkrit.
“Saya tahu ada ramai artis mengadu tentang perkara ini. Tetapi perlu diingat pihak stesen televisyen ‘hidup’ berdasarkan iklan.
“Sekiranya seseorang artis tu bermasalah dan peminat pun tidak suka, ia boleh menjejaskan rating penonton. Apabila perkara ini berlaku, pihak kami pula sukar mendapat iklan.”
Maka, menurut Ahmad Izham, keputusan memboikot terpaksa diambil demi menjaga rating, sekaligus keuntungan syarikat.
Itulah, bila sudah terhantuk baru nak terngadah. Kan rugi diri sendiri?
Buat Hanez, semoga terus bersabar dan percayalah, rezeki ada di mana-mana.
– MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR