Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib, Ab Rauf Batal...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Jun untuk mendengar permohonan...

TMJ Pertikai MFL Kurangkan...

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail mempertikai tindakan Malaysian Football...

‘Vanakkam’ Suarez Sempena Tahun...

MALAYSIA merupakan sebuah negara majmuk yang unik di mana setiap perayaan dirai dengan...

Lebih Ramai Pemimpin PH...

KUALA LANGAT – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan...

Terlalu Asyik Bermain Sampai Kepala Sangkut Di Jeriji!

KEASYIKAN  seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bermain di jeriji rumahnya mengundang malang petang semalam, apabila kepalanya tersangkut hampir 20 minit.

Kanak-kanak itu yang tinggal di tingkat tiga kondominium di Selayang, di sini dikatakan memasukkan kepala ke celah jeriji itu sebelum gagal menarik keluar kepalanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang semalam, memetik laporan Harian Metro.

Ahli keluarga mangsa yang panik kemudian segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang untuk meminta bantuan.

Jurucakap BBP Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.35 petang.


“Sebaik tiba, kami melihat kepala kanak-kanak itu tersepit di jeriji besi pintu rumahnya.

“Mangsa yang tersepit selama hampir 20 minit kemudian berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong besi untuk memotong jeriji itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori