Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tercantik Jerman Diarah...

DRESDEN, Jerman – Seorang wanita yang digelar polis tercantik Jerman’ diberi kata dua...

Tindakan Pantas Bomba Selamat...

SHAH ALAM - Tindakan pantas pihak bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan tiga warga...

Warga Emas Ditemui Mati...

IPOH - Seorang warga emas yang juga pekerja sebuah tokong di Jalan Gopeng...

Selangor Paling Tinggi Permintaan...

PETALING JAYA - Permintaan untuk rumah PR1MA di Selangor adalah paling tinggi berbanding...

Australia Larang Visa Untuk Afrika Barat

SYDNEY – Australia mengeluarkan larangan menyeluruh ke atas visa daripada negara Afrika Barat yang terjejas dengan wabak Ebola bagi mengelakkannya merebak ke negara ini, kata Menteri Imigresen Scott Morrison.

Dengan larangan terbaru itu, Australia adalah negara maju pertama yang ‘menutup pintunya’ kepada rantau berkenaan.

Setakat ini Australia belum lagi mempunyai kes Ebola walaupun terdapat beberapa petanda membimbangkan.

Perdana Menteri, Tony Abbott juga beberapa kali sebelum ini menolak permintaan agar negara itu turut menghantar kakitangan perubatan untuk membantu di negara yang dijangkiti penyakit berkenaan.


Keputusan untuk menolak kemasukan oleh mana-mana pihak dari Sierra Leone, Guinea dan Liberia, walaupun dikatakan sebagai keputusan yang perlu sebagai langkah berjaga-jaga, dianggap oleh pakar sebagai bermotif politik dan tidak berfikiran panjang.

Morrison berkata semua visa tidak kekal atau sementara dibatalkan dan pemegang visa kekal yang belum tiba ke Australia dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 21 hari. – REUTERS

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori