Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tarikh PRU Terbongkar! Hari...

PANAS... Ketika pemerhati politik kecoh spekulasi mengenai bilakah Pilihan Raya Umum (PRU), Menteri Sumber...

Dua Lelaki Dipercayai Tentera...

KUALA LUMPUR - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera...

Perintah Berkurung ESSZone Dilanjut...

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Pencemaran Sungai Gong: 2...

KUALA LUMPUR - Dua pekerja sebuah kilang ditahan reman enam hari mulai hari...

“Tak Boleh Tahan Saya Sebab Saya Bergelar Datuk Dan Kawan Anwar”

“Awak tak boleh tahan saya, sebab saya bergelar Datuk”.

Itu kata-kata yang diungkapkan seorang suspek lelaki selepas dikejar polis dari Nilai ke Serdang di atas kesalahan cermin gelap pada kenderaan mewahnya.

Memetik The Star, suspek berusia 33 tahun yang mengakui dirinya seorang Datuk turut menyatakan dia merupakan bekas peguam dan berkawan baik dengan seorang pemimpin pembangkang dalam usahanya untuk mengelak daripada ditahan.

Bengang dengan situasi itu, ‘Datuk’ terbabit kemudiannya menendang kereta polis dan menyumpah seranah anggota polis yang menahannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Mohd Yusoff Awang berkata, polis pada mulanya cuba menahan suspek dan dua lagi rakannya dalam sebuah kereta Mercedes Benz berwarna keemasan berhampiran kawasan R&R Nilai pada awal pagi, Isnin lalu.

“Pegawai kemudiannya berjaya menahannya dengan mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya dan menyerah. Sebaik anggota polis mahu mengarinya, suspek tiba-tiba mengaku dia merupakan seorang Datuk dan pernah bekerja di sebuah firma guaman dan berkawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya yang mana menambah pihak polis percaya perkara itu sengaja diada-adakan agar dirinya terlepas daripada ditahan.

Dua lagi penumpang yang berada dalam kereta itu kemudiannya merakam insiden tersebut menggunakan telefon pintar masing-masing, mendakwa pihak polis sengaja memprovok mereka.


Polis kemudiannya menahan ketiga-tiga mereka di balai polis Sri Serdang.

“Suspek kemudiannya terus menjerit dengan mengunakan kata-kata kasar serta bergaduh dengan seorang daripada pegawai polis di situ. Semasa kami cuba mengambil gambar ‘mugshot’nya, dia tidak mahu memberikan kerjasama,” kata Supt Mohd Yusoff.

Ketiga-tiga suspek, semuanya berasal dari Seremban, kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan mereka akan disiasat di bawah Sekysen 186 kerana menghalang serta menganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas. – MYNEWSHUB

Oleh: AUDREY LEE

*gambar sekadar hiasan 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori