Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PLUS Jangka Lebih 300,000...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih 300,000 kenderaan pemohon Gerak...

3 Rumah Musnah Terbakar,...

KUCHING - Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bintawa Hilir di sini...

‘Usul Undi Percaya Tetap...

PETALING JAYA: Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai...

Kesal BR1M Difitnah Konon...

BONGKAR... Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mansuh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sahaja...

Awas Individu Menyamar Pegawai LHDN Tawar Khidmat BR1M!

KUALA LUMPUR – Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menawarkan langganan insurans Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, sebarang tawaran seperti itu kepada orang ramai adalah palsu dan bukan dibuat oleh pegawai LHDN.

Sehubungan itu, LHDN meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN bagi menawarkan perkhidmatan itu.

“LHDN telah menerima pertanyaan daripada pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa dihubungi secara emel atau SMS berkaitan BR1M daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDNM (BR1M) yang menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M.


“LHDN mengesahkan bahawa pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa emel atau pesanan ringkas melalui pegawai LHDN secara individu kepada pemohon atau penerima BR1M,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, LHDN menasihatkan semua penerima emel dan sms palsu tersebut agar menghapuskannya dan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung didalamnya.

Orang ramai diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk keterangan mengenai BR1M. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori