Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lawatan Muhyiddin Lonjak Hubungan...

RIYADH - Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud percaya lawatan...

Zamri Baba Terpantas Di...

INSIDEN terjatuh pada pertengahan sesi ujian masa tidak menghalang Mohd Zamri Baba untuk muncul...

Fathia Nafi Punca Hubungan...

AKTRES Fathia Latiff disebut-sebut menjadi 'dalang' kepada keretakan hubungan selebriti Kamal Adli dan...

Defend Tag Bukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend...

Badan Perhubungan UMNO Johor Anjur Konvensyen Bulan Depan

JOHOR BAHARU – Badan Perhubungan Umno Johor akan menganjurkan satu konvensyen di bandar raya ini bulan depan yang akan membincangkan pelbagai isu termasuk politik, ekonomi dan pendidikan.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata konvensyen pada 7 dan 8 Nov itu akan diadakan menerusi pembentangan kertas kerja dan perbahasan.

“Turut dibincangkan soal agama dan golongan muda. Hasil perbahasan menerusi konvensyen itu kelak akan dijadikan asas bagi perwakilan Umno Johor untuk perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 Nov depan,” katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor di sini hari ini.

“Kita mengundang Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan konvensyen berkenaan. Bagaimanapun, kita sedang menunggu maklum balas mengenainya,” katanya.


Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Johor merekodkan penerimaan pelaburan berjumlah RM18.6 bilion sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan Johor terus rancak menerima pelaburan dari dalam dan luar negara berbanding keseluruhan pelaburan RM14.2 bilion yang diterima sepanjang tahun lepas.

Katanya sehubungan itu, kerajaan negeri akan menggiatkan usaha menangani pelbagai cabaran yang timbul hasil kepesatan pembangunan di negeri ini terutamanya dalam penyediaan infrastruktur, peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada masyarakat.

“Perkara ini merupakan antara yang dibincang dalam mesyuarat Umno hari ini kerana kita mengakui kepesatan ini juga akan menyebabkan kita memerlukan peningkatan dalam penyediaan keperluan kemudahan asas dan infrastruktur,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori