Bahagian Program Permata Negara (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini membuat satu laporan polis ke atas akhbar milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keadilan Daily kerana menerbitkan satu berita fitnah dan mengelirukan orang ramai.
Laporan polis berkenaan mendakwa artikel bertajuk “Subsidi Dipotong Demi Permata Rosmah RM711 Juta” yang diterbitkan Ahad lepas mengelirukan orang ramai dan berniat jahat.
Dalam artikel itu, Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 10 Oktober lepas memperuntukkan RM711 juta untuk PERMATA yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
[BACA – Taska Permata Bonda Tiada Kaitan Dengan Program Permata Negara]
Kenyataan dibuat oleh Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha yang berkata tidak sepatutnya subsidi untuk rakyat dipotong hanya semata-mata untuk disalurkan kepada program berkenaan.
“Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukkan itu dibelanjakan pada benda yang lebih berguna,†katanya dalam laporan Keadilan Daily itu.
Pengadu yang bertanggungjawab menguruskan pengurusan dan perjalanan progran PERMATA berkata artikel itu turut menjejaskan dan kredibiliti beliau sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab dengan program itu.
“Artikel ini juga telah berniat jahat ke atas pegawai Bahagian PERMATA yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan PERMATA.
“Pegawai-pegawai saya adalah penjawat awam yang tertakluk sepenuhnya kepada peraturan kewangan kerajaan dan lain-lain yang berkuatkuasa.
“Pada artikel ini, imej kredibiliti dan tanggapan masyarakat ke atas PERMATA terjejas teruk apabila artikel ini telah tersebar dan digunakan oleh pihak lain untuk memburukkan lagi nama PERMATA,” kata pengadu dalam laporan berkenaan.
Dalam artikel Keadilan Daily itu, Haniza turut menyifatkan PERMATA tidak telus apabila diberikan peruntukan besar di bawah kuasa JPM.
“Peruntukkan ini sangat besar sedangkan program ini tidak duduk di bawah kementerian (pendidikan) tetapi di bawah JPM. Siapa yang memantau perlaksanaan projek ini? Banyak yang saya tengok tidak telus.
“Ada juga saya dengar bahawa jumlah yang diperuntukkan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan pendidikan,†katanya.
Beliau berkata ada dakwaan bahawa terdapat kakitangan PERMATA tidak menerima peruntukan dan terpaksa meminta sumbangan pihak luar, Haniza meragui cara pengendalian wang bagi program tersebut.
“Kalau kakitangan Permata sendiri tidak perolehi peruntukan itu jadi mana peginya duit yang disalurkan itu? Itu kena bentangkan laporan prestasi program tersebut,†katanya menurut artikel berkenaan.
Pengadu dalam laporannya menyifatkan kenyataan Haniza sebagai tidak berasas kerana Bahagian PERMATA telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana agensi kerajaan yang lain.
Lebih lantang, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail pula mempersoalkan ke mana wang peruntukan PERMATA dibelanjakan.
Menurutnya seolah-olah wujud satu konflik kepentingan memandangkan Perdana Menteri, Najib yang juga Menteri Kewangan adalah suami kepada Rosmah.
“Seolah-olah Datin Seri Rosmah ada akses yang penuh di dalam kewangan negara,†katanya seperti dilaporan Keadilan Daily.
Kenyataan Siti Aishah pula dikatakan sebagai tidak benar apabila mengatakan seolah-olah Rosmah mempunyai akses penuh kepada kewangan negara.
Aishah juga mempersoalkan tiada siasatan dan laporan daripada Ketua Audit Negara mengenai penyaluran wang berkenaan. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K