Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

43 Mangsa Banjir Dipindahkan...

BEAUFORT - Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di...

Jokowi Kutuk Serangan Pengganas...

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di enam...

Lelaki Tak Jadi Amuk,...

APAKAH perasaan anda jika kereta anda dilanggar kenderaan lain ketika berada di atas jalan?...

Polis Sentiasa Pantau Bekas...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan...

Bajet 2015: Kerajaan Kaji Semula Akta Kerja 1955 Dan Perburuhan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan bagi memastikan kebajikan pekerja di negara ini terus dibela.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian semula itu akan melibatkan terma dan syarat pekerjaan, pelantikan dan pemberhentian, waktu bekerja yang fleksibel serta faedah penamatan kerja.

“Kerajaan akan memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bertujuan membantu gologan pekerja yang diberhentikan melalui pemberian bantuan saraan sementara serta peluang latihan semula atau ‘reskilling and upskilling,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Bagi memperhebatkan program ‘upskilling and reskilling’, kerajaan memperkenalkan program ‘Globally Recognised Industry and Professional Certification’ atau 1MalaysiaGRIP yang melibatkan peruntukan RM300 juta secara geran padanan antara kerajaan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk melatih 30,000 pekerja.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan RM30 juta juga diberikan untuk menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada golongan belia India terutamanya dari keluarga kurang berkemampuan.

Perdana menteri turut memberi jaminan untuk meningkatkan program latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang melibatkan pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan universiti dan kolej serta pekerja industri terutamanya pekerja separuh mahir.

“Bagi mengoptimunkan 32 institusi latihan JTK, kerajaan akan mengoptimunkan kapasiti latihan ‘double-shift’ bagi program sepenuh masa melibatkan 176 kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan.


“Pengambilan pelajar sebanyak dua kali setahun dianggarkan melibatkan 48,000 dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya dengan peruntukan RM570 juta,” katanya.

Najib berkata portal JobsMalaysia juga akan ditambah baik bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja yang semakin dinamik.

Selain itu, beliau berkata galakan potongan dua kali cukai akan diberikan kepada syarikat yang melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi maksud pengiraan cukai pendapatan sehingga 31 Dis 2016.

Justeru itu, beliau mencadangkan perkara itu dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020.

Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat syarikat permulaan beroperasi di Malaysia, Najib mencadangkan supaya kriteria khas Modal Berbayar syarikat itu ditetapkan sebanyak RM75,000 dan mereka yang layak diberi ‘Startup Work Pass’ untuk tempoh setahun – BERNAMA.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori