Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Van, Maahad Tahfiz...

KOTA BHARU - CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi hari ini...

Jumlah Mangsa Banjir P.Pinang...

GEORGE TOWN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di...

China Hantar Pakar, Peralatan...

SHANGHAI - Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih...

Mirip CR7, Pelayan Tendang...

DEMAM Euro 2016 melanda negara-negara Eropah. Tidak terkecuali, Sepanyol yang jadi juara bertahan...

Bajet 2015: Pelan Tindakan Air Jamin Kelangsungan Bekalan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Air Kebangsaan bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rancangan itu termasuk pengurusan sungai secara holistik, pembinaan dan penambahbaikan loji-loji rawatan air.

“Bekalan air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian setiap insan dan industri…,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata sumber bekalan air juga dipelbagaikan melalui penerokaan air bawah tanah, penggunaan semula air terawat untuk industri dan pertanian serta meluaskan penggunaan sistem pembendungan air hujan.


Bagi mengatasi kekurangan bekalan air di Lembah Klang, Najib berkata pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan dipergiatkan.

“Ini melibatkan kos sebanyak RM3 bilion yang mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari,” katanya.

Di samping itu, Perdana Menteri berkata untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil sebanyak RM112 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja mewujudkan zon kawalan kebocoran, menjalankan kerja pengesanan dan pembaikan paip-paip bocor- BERNAMA.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori