Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Wanita BN, PH...

PETALING JAYA – Pemimpin Wanita Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) buat...

Baik Pulih SMJK Keat...

ALOR SETAR - Kerja membaik pulih lima blok bangunan tiga dan dua tingkat...

PRU-14: LKS Marah DAP...

BERANG... Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan marah apabila logo 'legenda' parti itu...

Penganggur Dipenjara Enam Tahun,...

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu...

Bajet 2015 Peruntukan Pendidikan Merangkumi Semua

TAWAU – Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching menyifatkan Bajet 2015 sebagai holistik kerana peruntukkan untuk Kementerian Pendidikan meliputi semua peringkat persekolahan.

Katanya, jumlah sebanyak RM52.36 billion atau 23.4 peratus daripada keseluruhan peruntukkan bajet memperlihatkan bahawa kerajaan menyedari kepentingan pendidikan sebagai tunggak utama pembangunan negara.

“Bajet 2105 itu memperlihatkan kerajaan sangat memberi perhatian terhadap pendidikan di negara ini.

“Peruntukkan kali ini merangkumi semua peringkat dari prasekolah hingga ke universiti termasuk institusi perguruan, politeknik, kolej komuniti dengan tumpuan dalam bidang kajian,” katanya kepada pemberita selepas program Larian Pink Ribbon di Padang Bandaran di sini, hari ini.

Yap berkata, bajet itu juga bersesuaian dengan Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) dan Pelan Strategik Institusi Pengajian Tinggi Negara yang merupakan kunci utama dalam merealisasikan hasrat kerajaan menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


“Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana menambah peruntukan untuk menaik taraf kemudahan di semua sekolah jenis kebangsaan dan ini menunjukkan kerajaan mendengar suara rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai program larian itu, Mary Yap berkata ia sangat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kanser payu dara.

“Program itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap pentingnya mendapat rawatan pemeriksaan awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan segera,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori