KUALA LUMPUR – Sebanyak RM2.7 bilion akan diperuntukkan bagi pembinaan 1,000 menara pencawang komunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu merupakan inisiatif bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi negara.
“High Speed Broad Band (Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi), di kawasan ekonomi berimpak tinggi akan diteruskan, meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih
di seluruh negara.
“Sebanyak RM2.7 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun,” katanya. Belanjawan berkenaan, bertemakan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” menyaksikan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM273.9 bilion – BERNAMA.