Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sarawak Tambah Jumlah Tanah...

KAPIT - Kerajaan Sarawak merancang untuk menambah jumlah rizab tanah komunal di negeri...

Pusat Penamaan Calon Parlimen...

KOTA KINABALU – Sebuah dewan yang digunakan sebagai pusat penamaan calon PRU14 bagi...

Biarlah Tun M jadi...

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sekiranya beliau...

Biasiswa Jika Berjaya Kekalkan...

JOHANNESBURG - Seorang datuk bandar wanita di Afrika Selatan mempunyai cara tersendiri untuk...

Bajet 2015 Tanda PM Fahami Keperluan Rakyat

KUALA LUMPUR – Rakyat wajar menghargai langkah untuk membantu rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Bajet 2015 itu jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk menangani peningkatan kos sara hidup dalam kalangan orang ramai.

“Isu menangani peningkatan kos sara hidup menjadi fokus utama bajet kali ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam menangani keperluan 28.7 peratus penduduk berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

“Ini bererti lebih dua juta daripada tujuh juta isi rumah akan mendapat pelbagai kemudahan yang tentunya melalui agihan dana kerajaan secara lebih adil dan kompetitif dengan persekitaran ekonomi semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, langkah rasionalisasi subsidi minyak membolehkan penjimatan sebanyak RM3 bilion dan penjimatan tu akan dipulangkan kepada golongan sasaran supaya mereka lebih terbela dalam mendepani cabaran kos sara hidup pada tahun depan.


Jelasnya, Bajet 2015 turut memperlihatkan kesungguhan kepimpinan negara memperjuangkan penghidupan generasi muda yang dihimpit kos taraf hidup semakin meningkat.

Menurutnya, Pelan Transformasi Belia Negara dan Skim Perumahan Belia antara langkah proaktif kerajaan dalam memastikan golongan muda di Malaysia mendapat pembelaan kerajaan.

Beliau turut menyifatkan pendekatan Bajet 2015 bersifat jangka panjang dan strategik terhadap penyediaan prasarana pelaburan khusus bagi menarik dana asing memasuki pasaran tempatan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori