Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Shuib Sepahtu Jadi ‘Raja...

MELAKA - “Akhirnya saya mampu menarik nafas lega dan ia berakhir tanpa insiden,”...

PKPD Di Kg. Jawa,...

PUTRAJAYA : Tidak sampai tujuh hari dilaksanakan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Mohamed Morsi Dijatuhi Hukuman...

KAHERAH - Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden,...

Polis Ambil Masa 3...

KUALA LUMPUR - Polis telah merekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal...

Bajet 2015: Bantuan Persekolahan RM100, Baucar Buku RM250

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.

“Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat hari ini

Ia adalah tahun keempat kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.


Najib berkata kerajaan juga bersetuju meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia itu bagi tujuan pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.

“Program ini diperuntukkan sejumlah RM325 juta,” katanya.

Program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar prauniversiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu, mula diperkenalkan pada Bajet 2012. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori