Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perak Bakal Perinci Barang...

LUMUT - Kerajaan negeri Perak akan memperincikan barangan di Pulau Pangkor di sini...

Utamakan Kepentingan Rakyat, Kata...

KUALA LUMPUR - Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang harus memberi kerjasama kepada Kerajaan...

Dua Lemas, Seorang Hilang...

TAIPING - Dua pemancing ditemukan mati lemas pagi tadi, manakala seorang lagi yang...

4,000 Ekor Ayam Hidup...

JELI : Kira-kira 4,000 ekor ayam hidup hangus selepas lori yang membawa muatan...

Bak Bintang Hollywood, Fazura Punya Rancangan Realiti Sendiri

Bertuah sungguh empunya nama Nur Fazura Sharifuddin. Setelah dilihat sepi seketika dari produk baru di layar perak mahupun kaca televisyen, kini dia bakal tampil dengan sebuah mini siri realiti di saluran E!.

Ini bermakna, Fazura merupakan selebriti Malaysia pertama yang mempunyai rancangan realiti sendiri di E!.

Menurut laporan portal hiburan luar negara, Variety, pelakon berusia 31 tahun ini telah disunting saluran hiburan terkenal milik NBC Universal International Television dan bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Kalau di Hollywood, keluarga Kardashians dipaparkan melalui Keeping Up With The Kardashians, rancangan realiti empunya pelakon Gol dan Gincu itu nanti bakal diberi nama Facing Up To Fazura.

Menurut portal terbabit, konsep rancangan yang akan diterbitkan oleh Matchbox Asia itu nanti akan memperlihatkan sisi peribadi Fazura sebagai seorang selebriti, usahawanita butiknya, House of Doll dan sosialit.

Facing Up To Fazura akan diterbitkan sebanyak 5 episod berdurasi 30 minit setiap satu dan bakal disiarkan bermula pertengahan Disember hadapan.


Yuna-I-Wanna-Go-video-still

Sebelum ini, E! juga pernah menerbitkan rancangan khas mengenai selebriti tanahair seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan bakal menyusul pada 25 November hadapan ialah Yuna. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori