Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Ucap Selamat Hari...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada...

Yazid Search Uzur Terkandas...

BANDAR SERI BEGAWAN - Hasrat pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad untuk pulang...

Lelaki Kejutkan Ramai, Bawa...

KEMATIAN yang tragis. Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada hospital sakit mental telah...

SPRM Serbu Rumah, Pejabat...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sekali lagi menyerbu rumah,...

Bakal Pengantin Diperkosa Dua Lelaki Berkopiah

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu. – Harian Metro 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori