Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Iskandar Malaysia Tarik Pelaburan...

JOHOR BAHRU - Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan sebanyak RM19.8 bilion dalam tempoh sembilan...

Koperasi Kredit Boleh Pelopori...

KUALA LUMPUR - Koperasi kredit tempatan disaran mempelopori produk insurans dalam usaha mempelbagai...

Noraniza Mahu Keamanan, Kemakmuran...

RATU Pop Etnik Malaysia iaitu Noraniza Idris mengakui sudah terbiasa dengan pemerintahan sedia...

Iran Bedil Pangkalan Tentera...

IRAN melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang...

Bandar Tasik Amanjaya Mercu Tanda Perak

TRONOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pembangunan Bandar Tasik Amanjaya (BTA) yang berkonsepkan bandar bestari dan hijau merupakan mercu tanda bagi negeri Perak.

Beliau berkata pembangunan yang dirancang bawah Pelan Perak Amanjaya itu bukan sekadar meliputi pembangunan material malah pembangunan yang memenuhi seluruh aspek kehidupan masyarakat.

“Usaha yang diterajui oleh MB Inc (Menteri Besar Incorporated) ini terangkum dalam pelan Perak Amanjaya yang dilancarkan pada 2009 untuk menjadikan Perak maju, pembangunan seimbang serta kehidupan berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembangunan BTA di sini, hari ini.

Bandar itu yang dahulunya dikenali sebagai Kinta Lake District merupakan usaha sama antara MB Inc dan Ipoh City Development Sdn Bhd (ICDSB), sebuah anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.

Projek pembangunan mesra alam seluas 587 hektar dengan nilai pembangunan kasar RM2.2 bilion itu akan membangunkan kawasan perumahan, pembangunan komersial, pendidikan serta rekreasi dalam tempoh 15 tahun bermula tahun ini.

Beliau berkata projek itu juga menunjukkan pembangunan di Perak semakin pesat dengan wujudnya kawasan yang dipenuhi pelbagai kemudahan.


“Pembangunan bandar itu juga menjadi teras utama kepada pertumbuhan lain antaranya sebagai satu hab pendidikan bagi negeri ini. Sebagi contoh, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) adalah pemangkin kepada kemajuan pembangunan bandar baharu,” katanya.

Dr Zambry juga meminta pihak pemaju agar memberi identiti tersendiri kepada bandar tersebut atau dikenali sebagai ‘city of soul’.

“Kita tidak mahu pembangunan yang tiada nilai atau identiti, kerana bandar bestari berasaskan kepada ilmu pengetahuan,” katanya.

Terdahulu, Dr Zambry menyampaikan surat tawaran kepada 20 pembeli pertama unit perumahan Aman Anggerik.

Fasa satu projek perumahan Aman Anggerik merangkumi 6.14 hektar terdiri daripada 238 unit teres dua tingkat seluas 1,200 kaki persegi setiap satu dengan nilai pembangunan kasar RM50.7 juta, dijangka selesai pada suku keempat 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori