Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kebangkitan Islam Akan Terus...

PUTRAJAYA - Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku dalam usaha membebaskan Baitulmuqaddis walaupun...

40 Orang Ditipu RM250,000...

TANJONG KARANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Bandar (KPKT) telah menerima...

Rahsia Gadis Sembunyi Bayi...

KUANTAN - Sepasang suami isteri terkejut apabila seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan...

Perwakilan MCA Akan Putus...

KUALA LUMPUR – Perwakilan MCA yang akan memutuskan sama ada parti itu terus...

Banjir: Dua Pelajar UUM Sintok Nyaris Lemas

SINTOK – Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila air sungai melimpah di Jalan Sintok- Bukit Kachi, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu penunggang motosikal Nor Zaimi Ibrahim, 39, yang cuba meredah arus deras, tiba-tiba terjatuh dan hampir lemas.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Lee Ah Hing berkata, kejadian berlaku kira-kira 1 kilometer sebelum sampai ke Bukit Kachi.

Bagaimanapun, mangsa terselamat selepas dapat berpaut pada tiang elektrik ketika dihanyutkan arus.

“Dua lagi mangsa terperangkap dalam arus deras itu, Mohd Saiful Afendi Azlan, 25, dan rakan Siti Nor Aishah Mohd Zain, 24, yang berada dalam kereta untuk ke kolej kediaman UUM Bukit Kachi.


“Kedua-duanya diselamatkan anggota bomba dengan menggunakan tali bagi mengeluarkan mangsa dari kawasan kejadian,” katanya.

Tambah beliau, air sungai berhampiran jalan melimpah akibat hujan lebat sebelum itu menyebabkan arus deras melintasi jalan dan mangsa terperangkap di tengah-tengah jalan itu,” katanya.

Beberapa bangunan UUM dan Akademi Binaan Malaysia Bukit Kachi turut dilanda banjir lumpur akibat hujan lebat. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori