Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Kilang Haram Di...

JOHOR BAHRU – Tiga kilang dipercayai beroperasi secara haram di Pasir Gudang diserbu...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku...

Bincang Bawa Pulang Jet...

SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk...

Pelan Pemulihan Negara Demi...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan selepas mengambil kira pertimbangan bagi memastikan...

Bank Di Salak Tinggi Terbakar 10 Peratus

SEPANG – Sebuah bank di Bandar Baru Salak Tinggi di sini musnah kira-kira 10 peratus akibat kebakaran selepas sistem pendingin hawa di tingkat dua premis tersebut mengalami kerosakan.

Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Selangor Selatan Azmi Sadon berkata kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu disedari anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan yang kemudian menghubungi bomba 19 minit kemudian.

Tujuh belas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 4.15 pagi, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azman berkata siasatan mendapati kebakaran berpunca dari bilik sistem pelayan komputer kerana berlaku kerosakan pada sistem pendingin hawa.

“Kerosakan itu menyebabkan pendingin hawa itu mengeluarkan asap serta percikan api lalu memusnahkan bilik yang menempatkan pelayan komputer itu,” katanya.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, katanya.

Jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang berkata tiada unsur jenayah yang menyumbang kepada kejadian berkenaan.

“Pihak bomba sudah mengesahkan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sistem pendingin hawa yang memang bermasalah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori