BERLIN – Bayern Munich bergelut untuk seri 0-0 ketika menentang Borussia Moenchengladbach dalam saingan Bundesliga, awal pagi ini.
Pencapaian agak hambar ini juga menamatkan rentetan empat kemenangan berturut-turut untuk juara liga itu tapi kekal di tangga teratas dengan kelebihan empat mata.
Barisan didik Pep Guardiola jelas kurang menyengat di bahagian serangan dan ini jauh berbeza berbanding ketika mereka membaham AS Roma 7-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.
Namun, satu mata itu meletakkan gergasi Jerman itu 21 mata di hadapan Gladbach yang menghuni tangga kedua ketika ini.
Gladbach kini sudah mengharungi 14 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan musim ini.
Sementara itu, VfL Wolfsburg menamatkan rekod tanpa kalah Mainz 05 dengan kemenangan 3-0 iaitu kemenangan keempat berturut-turut untuk menolak mereka ke tangga ketiga dan kutipan mata sama dengan Gladbach. – AFP