Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Saya Kecewa Dengan Sistem...

KUALA LUMPUR - Pengurus dan Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario...

Bata Perkenal Kasut Harimau...

KUALA LUMPUR - Bata (Malaysia) Sdn Bhd (BataĀ Malaysia)Ā hari ini memperkenalkan reka bentukĀ eksklusifĀ kasutĀ yang diilhamkan...

Pastikan BN Menang 3-0...

JOHOR BAHRU ā€“ Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Selepas 20 Tahun Di...

BUENOS AIRES ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seekor orang utan betina akhirnya berjaya dibebaskan daripada kurungan Zoo...

Bayi Comel, Arshad Bakal Jalani Pembedahan 30 Oktober Ini

Seorang bayi yang menderita akibat penyakit Atresia Biliari berkaitan hati akhirnya dijadualkan akan menjalani pembedahan pemindahan hati pada 30 Oktober ini.

Bayi itu, Arshad Imanshah Antasha kini sudah hampir dua bulan mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Singapura (HUS).

Bapanya, Antashah Mohd Nor berkata, memetik laporan laman web Astro Awani, keadaan Arshad adalah baik selain mengambil tetapan diet serta jadual pengambilan ubat serta vitamin sejak berada di HUS Ogos lalu.

“Arshad mengambil Albumin, Vitamin K dan prosedur pemindahan darah mingguannya untuk memastikan dia betul-betul boleh menjalani pembedahan itu.

“Syukur Arshad dalam keadaan baik, doktor memaklumkan tarikh pemindahan hati adalah pada 30 Oktober ini.

“Saya sendiri akan memberikan sebahagian hati kepadanya. Kami berdua kini dalam pelan diet dan rutin pemakanan terkawal sepanjang bulan ini,” katanya dalam laporan itu.

Arshad_Bedah1

Wajah terkini Arshad

Bayi comel itu sebelum ini dilaporkan dalam media memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk menampung kos prosedur dan rawatan pemindahan organ yang akan dilakukan di hospital berkenaan.

Antashah yang merupakan seorang Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu dengan segala daya berusaha untuk mencari dana dengan pelbagai cara untuk perubatan anaknya itu.

Jelas beliau, keadaan semasa pendarahan di tulang belakang Arshad masih diperiksa oleh para doktor.

“Itu isu besar sekarang, seandainya semuanya tidak menimbulkan sebarang masalah susulan, tarikh pemindahan hati itu tidak akan diubah lagi.


“Selain itu saya berdoa tidak ada sebarang isu dan tidak mahu penangguhan lagi terhadap tarikh yang sudah dicadangkan itu,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beberapa tarikh pembedahan Arshad terpaksa ditangguhkan kerana si comel mengalami cirir-birit dan muntah selain terpaksa direhatkan untuk menjalani pemeriksaan rapi.

Dia dikatakan pada masa itu tidak begitu serasi dengan susu baru yang diberikan pakar untuk mempersediakan bayi itu untuk pemindahan berkenaan.

Sejak akhir Semptember, Arshad dikatakan telah pulang ke Kuala Lumpur untuk menjimatkan kos perbelanjaan di HUS.

“Saya minta keluar sekejap dari hospital kerana bil sudah terlalu banyak, pembedahan belum dijalankan dan bil sudah mencecah RM100,000.

“Kalau diikut sepanjang bulan ini ada empat bayi untuk prosedur pemindahan hati, seorang baharu membuat pembedahan, seorang ditangguhkan dan dua lagi menunggu tarikh daripada pakar HUS,” jelasnya.

Ketika ditanya, apakah dana benar-benar mencukupi untuk membuat pembedahan pemindahan hati, ini kata Antashah;

“Dana boleh dikira cukup setakat ini untuk pembedahan, semoga tidak ada banyak susulan selepas pembedahan nanti kerana ia akan menjadikan lebih banyak perbelanjaan tambahan,” ujarnya.

Maklumat mengenai Arshad boleh diperolehi melalui; https://www.facebook.com/Arshadimanshah, #arshadimanshah, #donateRM1forbabyarshad, #donatemoreRM1forbabyarshad dan #donateandsavebabyarshad. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori