Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengerusi Leicester City Dipercayai...

BANGKOK – Vichai Srivaddhanaprabha, warga Thailand pemilik kelab bola sepak Leicester City (LCFC),...

Isteri Kedua Adi Putra...

TIDAK mahu orang ramai terus membuat spekulasi, isteri kedua Adi Putra, Norshahida Zolkifly,...

Dewan Rakyat: Nombor Tidak...

KUALA LUMPUR – Kesemua nombor yang tidak aktif akan masuk tempoh kuarantin atau...

Perak Komited Cari Jalan...

SERI ISKANDAR — Kerajaan negeri komited mencari jalan penyelesaian isu membabitkan projek hidroelektrik...

Bayi Lelaki Ditinggalkan Di Perkarangan Surau Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di perkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini awal hari ini.

Menurut jurucakap polis, bayi seberat 3.15 kg itu ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan selimut pada kira-kira 2 pagi.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.


“Bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dalam keadaan sihat… siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori