Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Keadaan ribut petir di perairan Sarawak (Rejang dan Mukah) dijangka...

UMNO-BN Tak Akan Mencontohi...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mencontohi Pakatan Harapan...

Tular Teh Ais Gajah...

POKOK SENA - Apabila mendengar nama ‘teh ais gajah’ sudah cukup membuatkan orang...

Brazil: 89 Banduan Melarikan...

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 89 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di...

Beberapa Lebuh Raya Sesak Sempena Sambutan Aidiladha

KUALA LUMPUR – Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik mulai petang ini berikutan warga kota yang mula bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak.

“Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Esok trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang bertolak ke kampung masing-masing petang dan malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.


“Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar,” katanya.

Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya.

Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesak di Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan. “Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori