Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Menakjubkan, Lelaki Terselamat Walau...

China - Seorang pekerja pembinaan masih hidup meskipun kepalanya tertusuk dengan besi, dalam...

Bilik Bawah Tanah 200...

HALIFAX - Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah bilik bawah tanah berusia 200 tahun...

Bekas Pengawal Kem Nazi...

BERLIN - Mantan anggota elit skuadron SS Nazi yang pernah berkhidmat sebagai penjaga...

SPR Hantar Kad Pengundi...

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan satu inisiatif menghantar kad pengundi (voter’s card)...

Beg Sandang Anti Kecurian Bagi Pengguna Pengangkutan Awam

Pernahkah anda melihat seorang pengguna mengenakan gaya pemakaian beg secara terbalik di hadapan?

Ya, ia mungkin bagi mengelakkan kes di mana poket luar beg diseluk mengakibatkan barang-barang penting seperti peranti, wayar pengecas dan komputer riba tidak dicuri.

Bagi meyelesaikan malasah kecurian yang agak licik ini, beg RIUT (Revolution In User Thinking) adalah penyelesaian yang dihasilkan oleh Sarah Giblin dari United Kingdom.

Sebagai penduduk di kota London, menggunakan pengangkutan awam adalah sebuah keperluan.

Selepas daripada kejadian ragut yang menimpa dirinya, beliau mula menghasilkan protaip Riut.

Apakah yang membezakan beg ini dengan beg yang ada di pasaran?

Riut tidak mempunyai zip pada bahagian belakang beg, sebalikya zip terletak pada bahagian depan.

Apabila disandang zip akan tersorok dan dihimpit oleh badan pemakai.


Ini mengurangkan kebarangkalian anda boleh diseluk oleh pencuri.

Riut juga diperbuat daripada bahan kalis air bagi memastikan peranti yang disimpan di dalamnya tidak akan rosak apabila hujan.

Beg ini cukup besar untuk memuatkan sebuah komputer riba 15 inci dan beberapa peranti pintar pada waktu yang sama.

Sarah masih mengumpul dana bagi menjadikan ciptaan menarik beliau ini menjadi realiti.

Harga Riut bermula dari 45 pound (RM 238) sebuah.

Kami rasakan ini adalah ciptaan yang bagus untuk pengguna pengangkutan awam harian dan harga yang ditetapkan sangat berpatutan.

Sumber: Kickstater

Oleh: hzqahmd

37 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori