Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Hilang Ditemukan...

SARATOK - Warga tua yang dilapor hilang sejak dua hari lalu ditemukan mati...

PAS Tuduh PAN Sabotaj...

KUALA LUMPUR - PAS menuduh Parti Amanah Negara (PAN) bertindak biadap dengan mensabotaj...

Anwar Ibrahim Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara atas...

Mayat Warga India Hilang...

SHAH ALAM - Warga India yang hilang Rabu lepas apabila bot dinaikinya terbalik...

Bekas Jaguh Bina Badan Negara, Bujang Taha Meninggal Dunia

KUCHING – Bekas jaguh bina badan negara, Bujang Taha meninggal dunia pada usia 77 tahun, di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada 10.47 malam ini.

Allahyarham meninggal dunia berikutan komplikasi barah mulut, paru-paru dan lelah.

Menurut menantu perempuannya, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

“Esok, bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu,” katanya.


Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia empat kali iaitu pada 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur 1977 dan di Jakarta 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori