STELLENBOSCH (Afrika Selatan) – Pegawai kerajaan Afrika Selatan berkata bekas pelari juara dunia 800 meter, Mbulaeni Mulaudzi terbunuh dalam satu nahas kereta.
Beliau berusia 34 tahun.
Kematiannya diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan yang menggelarkan Mulaudzi sebagai ‘pembawa bendera yang membanggakan negara’.
Mulaudzi menang kejuaraan dunia pada 2009.
Dia juga bekas juara Sukan Komanwel, Kejuaraan Dalam Dewan Dunia dan pembawa bendera Afrika Selatan pada upacara pembukaan Sukan Olimpik di Athens.
Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan berkata Mulaudzi maut dalam kemalangan tanpa memberikan butiran lengkap.
Ketua Eksekutif badan sukan itu, Tubby Reddy menyifatkan Mulaudzi sebagai ‘ikon sukan’ Afrika Selatan.
Badan sukan dunia, IAAF berkata, pihaknya amat sedih dengan berita kematian atlet berkenaan, – AP