Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Apa Manfaat Diskaun Tol...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Najib Razak mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan, Lim...

Pelajar IPTA Didakwa Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tahun akhir sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA)...

Demi Menjadi DJ, Wanita...

MEMILIKI wajah yang cantik dan berbakat besar, namun kerana pandangan skeptikal masyarakat terhadap golongan...

Bekas Pemandu Zahida Rafiq Didakwa Pecah Amanah

Mahkamah Sesyen Ampang hari ini mendakwa bekas pemandu kepada pelakon Zahida Mohamed Rafiq atas tuduhan pecah amanah selepas polis cuba menahannya ketika memberikan keterangan dalam kes lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lepas.

Tertuduh, Noor Azman Azemi, 47, akan dibicarakan terhadap tuduhan pecah amanah wang milik Zahida berjumlah RM200,000 yang sepatutnya dimasukkan dalam akaun peribadi pelakon itu.

Insiden yang didakwa berlaku pada 29 Februari 2012 di rumah Zahida di Lorong Kempas 2, Kampung Melayu, Ampang kira-kira jam 11.30 pagi.

PEMANDU

Noor Azman diwakili peguamnya Eric Paulsen.

Sebelum ini, Noor Azman pernah mendedahkan kepada mahkamah dalam saman malunya terhadap Zahida bahawa pelakon itu mempunyai hubungan dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal dan dia pernah bertindak sebagai pengantara antara mereka berdua.


Namun mereka menyangkal dan menafikan dakwaan Noor Azman.

Tertuduh turut memberitahu tidak menerima wang tersebut daripada Zahida.

Bagaimanapun, Noor Azman, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori