FENGAN– Ibu tiri jahanam. Hanya kerana ingin kembali kepada bekas suaminya, seorang wanita Ting Liang, 30, sanggup memukul dan mencekik anak tirinya, Jen, yang berusia tujuh tahun.
Budak itu kemudiannya dibuang ke lombong arang batu. Nasib baik selepas tiga hari, Jen masih ditemui bernyawa.
Ting Liang meninggalkan budak itu di kawasan berkenaan kerana menyangka Jen sudah mati.
Perbuatannya terbongkar selepas bekas suaminya, Gang Jian, membuat laporan polis setelah Jen tidak pulang ke rumah selama tiga hari.
Hasil siasatan yang dijalankan, polis mendapati Ting Liang telah menjemput Jen dari sekolah dengan alasan ingin membawa budak itu untuk mendapatkan rawatan doktor.
Namun dia sebaliknya membawa budak itu ke kawasan arang batu dan memukul budak itu dengan batu, menendang dan mencekik Jen dengan skafnya. Selepas Jen tidak sedarkan diri, Ting Liang membuangnya di kawasan itu.
Dalam pada itu, Gang Jian berkata, bekas isterinya itu sebelum ini menyukai Jen namun selepas dia memaklumkan mahu menceraikannya, Ting Jiang mula berubah menjadi pendiam dan keluar dari rumah.
Ting Liang kini berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana menculik dan cubaan membunuh.