Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Seniman Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap pelawak Singapura,...

Pusat Pemindahan Mangsa Banjir...

MIRI - Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Mendamit, Limbang yang dibuka...

Mana Lagi Cerita Tun...

ALKISAH satu Malaysia malah satu dunia tahu setiap perkataan dikeluarkan bekas perdana menteri,...

KDN Ambil Tindakan Ajaran...

PUTRAJAYA - Tindakan akan diambil terhadap individu dan pengikut ajaran yang mendakwa kononnya...

Ben Affleck Selar Agenda Islamofobia US Dalam Program TV

Ben Affleck telah bertegang urat dengan hos rancangan Bill Maher semasa pelakon Armageddon itu dijemput menjadi panel dalam slot temubual kendalian Maher.

Kejadian itu berlaku dalam program Real Time With Bill Maher, di mana Maher dan penulis terkenal Sam Harris berdebat mempertahankan hak pemikir liberal untuk mengkritik beberapa aspek dalam agama Islam tanpa dianggap sebagai Islamofobik.

Pertikaman lidah berlaku apabila Harris berkata  warga Amerika Syarikat dituduh sebagai anti-Islam kerana lebih berfikiran terbuka terhadap isu sosial seperti homoseksualiti, ateisme dan hak asasi wanita.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=XduMMteTEbc]

Tidak dapat menahan lagi kritikan hentam kromo Harris itu Ben akhirnya membidas, “Tunggu sekejap, adakah kamu orang yang benar-benar memahami doktrin pemikiran Islam?” sebelum menyambung, “…kenyataan kamu bersifat rasis dan amat menjelikkan.”

Affleck turut menyangkal kenyataan ‘nasi tambah’ Maher mengenai Islam yang menyifatkan agama itu sebagai ‘ibu semua idea buruk’ dengan membalas, “Ia merupakan sesuatu yang amat teruk untuk berkata begitu.”

Setelah perdebatan hangat itu berterusan pengarah filem Gone Girl itu bersuara, “Bagaimana pula dengan lebih satu billion umat Islam yang tidak fanatikal, yang tidak bertindak ganas terhadap wanita, yang cuma mahu peluang untuk bersekolah, menikmati makanan dan sembahyang lima kali sehari tanpa melakukan satu pun perkara yang kamu katakan tadi?”

“Kamu cuma berkata-kata berasaskan stereotaip. Kamu ambil semua yang buruk dan ‘mengecat’ keseluruhan sesebuah agama dengan berus yang sama.

“Jadi apa yang kamu cuba katakan adalah, ‘tabiat orang kulit hitam adalah tembak-menembak diri masing-masing?”


Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan pengacara rancangan Bill Maher yang menyamakan Islam dengan kumpulan samseng mafia sambil disulami perkataan-perkataan mencarut.

Affleck kemudiannya melontar persoalan, “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan Islam?

“Kita telah membunuh lebih ramai umat Islam daripada mereka membunuh warga kita, kita telah menceroboh terlalu banyak negara Islam sementara mereka tidak langsung campur tangan hal-ehwal negara kita.

Tetapi kita masih boleh menutup sebelah mata dan menindas mereka hanya kerana kepercayaan yang berbeza.”

Dengan nada sinis Affleck menambah: “Kita lakukan secara tidak sengaja ketika kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu adalah anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof yang dilihat lebih banyak mendiamkan diri.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang memang nak ‘makan penampar’! –mynewshub.cc

Oleh: Sara Khalid

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori