Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

#MH370 Terus Sohor Kini...

PETALING JAYA - Tanda pagar #MH370 terus sohor kini di Twitter hari ini...

Waris Gembira, Tunggu Serpihan...

KAYLENE Mann, salah seorang waris mangsa nahas pesawat MH370 yang kehilangannya mencetuskan misteri...

Doktor Didenda RM10K Buat...

IPOH - Seorang doktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

RUU 355: Siapa Antara...

PADA 5 Oktober ini Parlimen akan bersidang bagi penggal terakhir tahun ini. Sidang...

Berbilang Kaum Dan Agama Bantu Kejayaan Duduki Kerusi UNSC

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kejayaan Malaysia menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) juga disebabkan kejayaannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.

“Kita boleh tunjuk pada dunia dengan cara merendah diri, melalui konsep kesederhanaan dan kompromi dalam politik (yang diamalkan di Malaysia),” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-43 di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Najib berkata Barisan Nasional (BN) menolak sebarang bentuk ekstremisme dalam usaha memajukan negara berlandaskan asas yang ditinggalkan pemimpin terdahulu.

Pemimpin terdahulu telah menggubal Perlembagaan negara berasaskan kompromi politik dan mereka mempercayai integrasi nasional dan bukan asimilasi bangsa, katanya.

“Kita mempunyai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga boleh diamalkan di negara ini dan kita juga ada agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan,” katanya.

Turut hadir Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M. Kayveas dan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Menyentuh mengenai Gerakan, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau melihat kemenangan di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Mei lepas sebagai titik tolak kepada kebangkitan parti itu.

Beliau turut memuji kesanggupan dan keberanian Mah mengambil risiko dengan menjadi calon BN pada PRK itu menentang calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

“Bila kekosongan berlaku di kawasan Teluk Intan, ramai yang meramalkan tidak mungkin BN boleh memulihkan keadaan daripada defisit sebanyak 7,313 (undi), mungkin pada ketika itu ramai yang anggap itu sebagai satu misi sukar untuk BN menang dan sekiranya Mah bertanding ia satu tindakan bunuh diri untuk beliau.

“Saya berbangga dan saya mengagumi beliau. Dalam kata lain, dia sanggup meletakkan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan dalam risiko, maknanya kalau dia kalah tak mungkin dia dapat dari segi moralnya terus mempertahankan kedudukan sebagai presiden. Itu adalah risiko yang Mah sanggup ambil dan beliau telah melakukan suatu pengorbanan politik,” katanya.

Pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori