Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kajian Sahkan Kahwin Boleh...

PARIS- Perkahwinan adakalanya akan menguji tahap kesabaran dan mental seseorang tak kira si...

“Cerita PBB Keluar BN...

SAH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan mengenai Parti Pesaka Bumiputera...

Op Khas Motosikal :...

IPOH - Seorang penjawat awam antara tujuh yang ditahan kerana positif dadah jenis...

MH17: Saksi Lihat Jet...

MOSCOW - Penyiasat Russia berkata mereka mempunyai bukti baharu daripada seorang saksi bahawa...

Bernama TV Perlu Berbahasa Inggeris Sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Stesen televisyen BERNAMA TV perlu menjadi saluran yang menawarkan sumber berita berbahasa Inggeris sepenuhnya tahun depan bagi menghadapi era penyiaran digital menjelang 2017.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu juga akan menjadikan BERNAMA TV lebih berfokus dalam menyampaikan berita dan mampu menyiarkan laporan bersifat ‘breaking news’ dan ‘real time’ kepada penonton.

“Sekarang ini BERNAMA TV mengamalkan konsep pelbagai bahasa dalam rancangan dan beritanya dan ini adalah sesuatu yang sangat pelik dalam mana-mana industri penyiaran.

“Sebagai contoh jika ada berita mengenai kapal tenggelam ia mesti berdasarkan ‘breaking news’ dan ‘real time’, tetapi tiba-tiba masuk pula berita bahasa lain, orang akan lari dan menonton saluran lain,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang ingin tahu rasional Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjadikan BERNAMA TV saluran berita bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun depan dan nasib wartawan serta editor Meja Berita bahasa Melayu di stesen tersebut.

Ahmad Shabery berkata saluran berita mesti ada kesinambungan daripada satu laporan ke laporan berikutnya dan ia tidak akan berlaku jika stesen televisyen tersebut mengamalkan konsep penyiaran berita dalam pelbagai bahasa.

Katanya pada masa ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah pun menyiarkan berita dalam bahasa Malaysia, justeru BERNAMA TV perlu beralih kepada Bahasa Inggeris bagi mengelakkan pertindihan.


“Saya rasa kita sudah ada banyak saluran berita bahasa Malaysia…sebab itu kita cadangkan BERNAMA TV bertukar kepada bahasa Inggeris supaya tidak sama dengan RTM dan sasaran kita kepada golongan kelas menengah dan masyarakat bandar,” katanya.

Anggota Parlimen Kemaman itu turut menjelaskan perubahan konsep BERNAMA TV itu diharap mampu meningkatkan rating penonton dan menarik pengiklanan seterusnya menjana pendapatan kepada stesen televisyen itu.

“Saluran yang ada sekarang kita mendapat ‘feedback’ yang rendah, jumlah tontonan sangat rendah. Jadi saya merasakan tidak ada sesuatu yang lebih baik melainkan buat sesuatu yang baharu,” katanya.

Beliau berkata perubahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat mulai hujung tahun ini dengan menambah bilangan jam untuk berita berbahasa Inggeris di saluran itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perubahan konsep tersebut tidak akan melibatkan sebarang pemecatan kakitangan di stesen tersebut sebaliknya mereka akan terus berkhidmat dan disesuaikan dengan perubahan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori