Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Adun Bersatu Melaka...

Bekas Adun Bersatu Melaka, Noor Effandi Ahmad, memilih Amanah sebagai wadah baru politiknya.Ikuti...

Bekas Pegawai Dijel 60...

ALOR SETAR - Seorang bekas pegawai kanan Padiberas Nasional dijatuhi hukuman penjara 60...

BN Yakin Rampas Semula...

SERDANG - Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri...

Pemilik Stesen Minyak Didakwa...

Johor Bahru : Pemilik stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di...

Biar Mahkamah Sahaja Yang Tentukan Keputusan – Rita Rudaini

Kontroversi yang melanda pemain bola sepak bagi pasukan JDT, Aidil Zafuan dan pelakon cantik, Rita Rudaini tiada tanda-tanda mahu surut buat masa ini.

Beberapa hari lepas, Aidil memuat naik bukti dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada Airit Rayyan Rizqi, 5 dan Airit Qaqa Arjuna, 3 dengan menunjukkan beberapa bukti kukuh.

image1

Di laman instagram peribadinya, Aidil menunjukkan ‘screen captured’ mesej di aplikasi Whatsapp kepada Rita untuk bertanyakan perihal kesihatan anak-anak mereka, namun langsung tidak berbalas.

Selain itu, Aidil juga menampilkan bukti slip transaksi nafkah buat kedua-dua puteranya sebanyak RM 2 ribu.

Namun, melalui sebuah akhbar tempatan semalam, Rita Rudaini membalas ‘serangan’ dari bekas suaminya dengan kenyataan supaya tidak menggunakan saluran laman sosial sebagai medium untuk menampilkan bukti.

Memetik kenyataan Rita di akhbar BH, “Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.”


Tambahnya, “Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul siapa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tidak pernah cakap dia tidak pernah beri nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. ”

Ujar pelakon yang berasal dari Perlis ini, jika Aidil menganggap jumlah dua ribu yang diberikannya selama ini dapat mengganti tanggungjawabnya menjaga kedua anak tersebut, dia silap.

Mungkin betul apa yang diungkapkan Rita berkenaan tanggungjawab Aidil terhadap anak-anaknya yang tidak terlepas walaupun mereka sudah bercerai.

Namun rasanya Rita juga patut menghentikan tindakan ‘mengadu’ di media dan laman sosial tentang isunya dengan Aidil agar tidak dilihat seperti ‘kuman seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak’. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori