Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perkeso Digesa Tarik Balik...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)...

KL 2017: NAAM Beri...

KUALA LUMPUR - Pemanah negara, Muhammad Ikram Joni, perlu mempamerkan prestasi yang konsisten...

Polis Ke Rumah Anwar...

KUALA LUMPUR - Polis menghantar penyiasat ke rumah Anwar Ibrahim sejurus merakam keterangan...

DBP Ambil Pendekatan Inklusif...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjadikan institusi itu inklusif...

Bila ‘Malaikat Bangla’ Datang Membantu

Penulis sangat tertarik dengan luahan hati seorang lelaki bernama Emmanuel Joseph yang mengalami kerosakan tayar selepas menghantar seorang rakannya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) baru-baru ini.

Dia menceritakan kepayahan dia dan seorang lagi yang dinamakan Kak Helen ketika berusaha mahu mendapatkan bantuan dari orang ramai akibat masalah itu.

petronas bangla 1

bangla petronas

Talian telefon syarikat insuran tidak dapat dihubungi… takda la sape pun nak rasa terperanjat kan dengan kualiti perkhidmatan di Malaysia.

Syarikat lebuh raya cuci tangan kata bukan bawah bidang kuasa mereka… anda akan hanya dibantu kalau berada dalam zon anda bayar duit sahaja!

Seorang wanita lain umpama berlari meninggal mereka apabila dihampiri… punyalah fobia wanita ini pada orang lain.


Pemilik kereta tunda kata mereka takda jack… perghhh… kalau nak menipu pun berpada-padalah sikit.

Itulah antara masalah yang terpaksa dilalui mereka.

Akhirnya yang datang adalah seorang lelaki Bangladesh yang berkerja di sebuah stesen minyak Petronas… (Petronas boleh bagi habuan sikit kot pasal kebaikan hati dia jadi bualan).

Bagusnya dia datang menolong tanpa diminta pun.

Inilah bangsa yang kita suka sangat perlekeh dan pandang rendah sehingga dijadikan bahan fitnah pilihan raya dan macam-macam. Namun adakalanya, mereka juga yang boleh diharap.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori