SEORANG wanita warga emas, Hava Cebic menjadi popular di sebuah perkampungan di Crnjevo, utara Bosnia selepas dia dikatakan mempunyai keistimewaan menyembuhkan penyakit mata dengan hanya menjilat bola mata pesakit yang datang menemuinya.
Setakat ini, wanita berusia 77 tahun itu sudah hampir 40 tahun berkhidmat menyembuhkan penyakit mata jiran serta rakan-rakannya.
Menurut laporan, Hava menyedari lidahnya boleh menyembuhkan penyakit ketika dia masih kecil apabila abangnya mengadu mengenai keadaan matanya yang kering, dan secara bergurau, Hava segera menjilat anak mata abangnya dan secara tiba-tiba abangnya kembali boleh melihat dengan jelas selepas itu.
Sejurus selepas itu, Hava baru menyedari lidahnya mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit alergi mata, masalah mata kering dan letih, jangkitan mata malah mampu mengurangkan risiko pesakitnya daripada menghidap penyakit mata serius seperti katarak.
Disebabkan ‘keajaiban’ lidah yang dimilikinya, Hava berhasrat jika dia meninggal dunia kelak, lidahnya dipotong dan terus digunakan untuk merawat pesakit di luar sana. – MYNEWSHUB
Oleh: JULIANA JOHAR