PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Presint 5 di sini, malam tadi.
Megat Arif Hussein Megat Irwan, 6, disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.
Difahamkan, mangsa terjatuh kira-kira jam 11 malam sebelum dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. – BH Online