Jika anda fikir satu-satunya kegunaan kondom adalah semasa melakukan hubungan kelamin, anda silap sama sekali.
Satu buku masakan terbaru keluaran Jepun telah menjadikan alat pencegah kehamilan itu sebagai subjek utamanya, dan dikatakan begitu laris di pasaran!
Sehingga kini, buku unik itu berjaya meraih tempat dalam carta 100 Keatas laman web Amazon.
Buku bertajuk ‘Condom Meals I Want To Make For You’ (Hidangan Kondom Saya Mahu Sediakan Untuk Anda) itu merupakan kompilasi 11 resipi berasaskan kondom, seperi kari kondom bersama nasi pilaf serta daging ‘sumbat’ kondom dan juga siput mentega yang dimasak di dalam alat pencegah jangkitan seks itu.
Bagaimanapun, buku itu bukan hanya bersandarkan makanan semata-mata.
Menurut Kyosuke Kagami, seorang penulis komik manga yang juga salah penulis buku resipi pelik itu, Cooking With Condoms merupakan satu medium kesedaran mengenai kepentingan hubungan intim yang selamat.
Oleh kerana kaum Adam di negara matahari terbit itu dikatakan tidak berapa berkenan membiarkan ‘kejantanan’ mereka ‘tersepit’, buku ini menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan kondom sebagai alat pencegah kehamilan dan jangkitan kelamin yang efektif.
Apa kaitan hidangan biskut kondom dangan peranannya bagi mengubah fikiran pembaca tentang seks selamat masih lagi samar-samar.
Tapi jika anda benar-benar berminat namun malu untuk membeli naskhah fizikalnya, apa kata muat turun saja e-book buku resipi ini dengan harga $3.61 atu RM 11.76. Selamat mencuba!-mynewshub.cc
Oleh: Sara Khalid