Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Heret Saya Ke...

PETALING JAYA - Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu...

Mengadu Sakit Perut, Seniwati...

PELAKON veteran, Seniwati Mariani dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Sentosa, Kuala Lumpur sejak...

16 Individu Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 16 individu termasuk tujuh daripadanya terlibat dalam kes...

KPLB Sasar Peningkatan 10...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyasar untuk meningkatkan usahawan Majlis Amanah...

‘Bullet Train’ Jepun, Shinkansen Rai Ulang Tahun Ke 50

TANGGAL 1 Oktober 1964, kira-kira jam 10 malam, kurang seminggu setengah sebelum bermulanya Sukan Olimpik Tokyo, dua buah kereta api peluru Hikari Super Express Shinkansen atau ‘Bullet Train’ tiba di destinasi mereka iaituTokyo dan Osaka. Ketibaan  kereta api itu tepat pada masanya.

Beratus-ratus orang menunggu semalaman di setiap terminal untuk menyaksikan acara bersejarah itu, seperti Sukan Olimpik. Pelancaran itu bukan sekadar memberitahu Jepun pulih dari kemusnahan perang dunia kedua, tetapi menjadi permulaan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar ekonomi. Perjalanan antara dua bandar terbesar di Jepun itu dengan kereta api sebelum ini mengambil masa hampir tujuh jam. Shinkansen hanya memerlukan 4 jam.

japan bullet train

Kereta api N700A yang mirip rupa pesawat itu meninggalkan Platform 19 dari stesen sentral Tokyo pada jam 6 pagi Rabu, tepat 50 tahun sejak perkhidmatan itu dilancarkan bagi perjalanan yang melalui kawasan perindustrian Pasifik antara Tokyo dan Osaka.

“Perkhidmatan itu menyumbang kepada pembangunan ekonomi, budaya dan sosial Jepun dengan pengangkutan rel terbaik dunia,” kata Koei Tsuge, Presiden JR Tokai yang mengendalikan sebahagian besar rangkaian rel di seluruh negara, sejurus sebelum kereta api itu berlepas.

“Tiada sesiapa pun maut dalam kejadian kereta api tergelincir atau perlanggaran yang membabitkan kereta api ‘Shinkansen’.

Keselamatan adalah perkara utama perkhidmatan kami,” katanya ketika kereta api itu meninggalkan stesen menuju ke Fukuoka, perjalanan lebih jauh dari Osaka.

Majlis sama juga diadakan di Osaka dan dua bandar raya lain di antaranya iaitu Shizuoka dan Nagoya.

japan bullet train


Perkhidmatan Tokyo-Osaka itu membawa sejumlah 5.6 bilion penumpang sejak dirasmikan, dengan jumlah perjalanan sejauh dua bilion kilometer.

Pada masa ini secara purata kira-kira 424,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, berbanding dengan kira-kira 60,000 pada tahun pertama.

Pada 1964, apabila Tokyo menjadi hos Kejohanan Olimpik pertama di Asia, kereta api itu melakukan perjalanan dengan kelajuan 210 kilometer sejam, meliputi 515 kilometer antara Tokyo dan Osaka dalam masa empat jam.

Kini ia menghubungkan kedua-dua bandar raya itu dalam masa dua jam 25 minit, pada kelajuan 270 kilometer sejam.

Shinichi Kamura, 64, menaiki kereta api pertama ‘Shinkansen’ dari Tokyo ke Osaka hari ini, seperti dilakukannya 50 tahun lalu sebagai pelajar.

“Saya tempah kerusi sama, 9A dalam gerabak nombor enam,” katanya sebelum berlepas. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • jepun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori