Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mangsa Korban Bas Meningkat...

SEPANG - Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan S8...

Kerajaan Bantu Lahir Ramai...

KUALA LUMPUR - Peluang dan ruang yang disediakan kerajaan membantu Leftenan Kolonel Norhana...

Najib Adiwira Rohingya &...

SATIRANYA, OIC sinonim dengan ungkapan “Oh I See” (Oh saya lihat) … namun...

Dewan Rakyat Umum Kekosongan...

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini mengumumkan kekosongan luar jangka bagi bahagian...

Celcom Harap Bajet 2015 Dorong Pertumbuhan Data Internet

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd harap Bajet 2015 akan menyediakan program yang lebih mendalam terutama bagi pertumbuhan data dan internet untuk kebaikan serta faedah pengguna dan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shazalli Ramly, berkata Celcom mahu membina rangkaian yang lebih besar kerana permintaan pengguna untuk kualiti rangkaian internet lebih daripada yang ada sekarang.

Beliau berkata prasarana berkenaan perlu dipercepatkan agar dapat membolehkan syarikat seperti Celcom, membina rangkaian internet data itu secepat mungkin.

“Untuk itu, banyak inisiatif yang boleh diperkenalkan terutamanya kelulusan permit dan sebagainya untuk membolehkan perkembangan data ini dibuat dengan lebih cepat daripada tahap sekarang,” kata selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan video kemerdekaan di sini hari ini.


Shazalli berkata mempercepatkan proses memerlukan permit diluluskan lebih cepat dan walaupun ini mungkin tidak dimasukkan dalam bajet, ia boleh mempengaruhi bajet.

“Kami mengalu-alukan insentif yang akan membolehkan pelancaran atau pengembangan rangkaian internet yang akan dibuat pada kadar yang lebih cepat,” katanya lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori